Geran Penyelidikan LPPKN

PENGENALAN

Visi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) adalah untuk menjadi organisasi kecemerlangan penduduk dan keluarga. Sejajar dengan itu, LPPKN berpandangan pentingnya mewujudkan institusi keluarga yang kukuh bagi memastikan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif cukup mencabar dan memerlukan komitmen yang padu semua pihak dapat dilahirkan. LPPKN melalui pelbagai inisiatif telah memperkenalkan kaedah dan pendekatan yang dinamik dan efektif untuk mencapai visi tersebut. Fokus juga ditekankan kepada penyelidikan, pembangunan program, latihan dan kerjasama dalam dan luar negara.

Julung-julung kalinya, pada tahun 2020, LPPKN telah mewujudkan Geran Penyelidikan (GP LPPKN). Geran ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penerokaan idea/ teori/ konsep/ proses baru seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu, penciptaan dan penemuan baru yang inovatif dan terkini. LPPKN berhasrat untuk memberi ruang dan peluang kepada penyelidik bagi menjalankan projek penyelidikan dalam tiga bidang utama iaitu kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.

Skop penyelidikan berdasarkan bidang yang ditawarkan adalan seperti berikut:

  1. Kependudukan
    1. Kesejahteraan Warga Emas
    2. Empty Nest, Kesunyian dan Dementia dalam Kalangan Warga Emas
    3. Migrasi antarabangsa dan migrasi dalam negeri
    4. Dividen demografi
    5. Active and productive ageing
    6. Penggunaan data demografi untuk perancangan pembangunan negara
  2. Kekeluargaan
    1. Keluarga Sandwich
    2. Keluarga Komuter
    3. Keseimbangan Kehidupan-Kerja
    4. Perkahwinan dan Penceraian
    5. Penilaian Dasar Keluarga Negara (DKN)
    6. Sebab-sebab syarikat tidak memberi kemudahan penjagaan kanak-kanak walaupun insentif diberi oleh kerajaan
    7. Sebab-sebab belia kurang berminat untuk berkahwin
    8. Kecenderungan kepada saiz keluarga yang kecil
    9. Kajian Mesra Keluarga Di Sektor Awam dan Swasta
    10. Kajian Faktor Pelindung Dalam Menangani Masalah Pengambilan Dadah Dan Kepencongan Sosial
  3. Kesihatan Reproduktif
    1. Punca Ketidaksuburan dari aspek klinikal
    2. Amalan Perancang Keluarga (Eg. Kesan sampingan kontraseptif Implan, Kontraseptif kecemasan)
    3. Perilaku seksual dalam kalangan remaja
    4. Pengetahuan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan seksual
    5. Faktor penurunan fertiliti dan strategi menanganinya
    6. Estimating Probability of Pregnancy in Infertile Couples Undergoing Assisted Reproduction Technique (ART)

KRITERIA PERMOHONAN

  1. Ketua Penyelidik hendaklah Warganegara Malaysia;
  2. Ketua Penyelidik adalah kakitangan akademik tetap;
  3. Bagi Ketua Penyelidik yang bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama yang bertaraf warganegara Malaysia kakitangan akademik yang bertaraf tetap;
  4. Bagi Ketua Penyelidik yang bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama kakitangan akademik yang bertaraf tetap;
  5. Ketua Penyelidik hanya boleh mengetuai satu (1) projek penyelidikan dalam masa yang sama. Sekiranya Ketua Penyelidik mendapat lebih dari satu (1) geran, maka penyelidik berkenaan hanya dibenarkan menjadi ahli sahaja dalam penyelidikan tersebut;
  6. Ketua Penyelidik perlulah menghantar Laporan Akhir Penyelidikan kepada LPPKN sebelum membuat permohonan penyelidikan yang baru;
  7. Permohonan tambahan dana adalah dibenarkan, namun kertas cadangan penyelidikan yang serupa tidak boleh dihantar kepada mana-mana organisasi kerajaan yang lain yang menawarkan geran penyelidikan; dan
  8. Setiap projek penyelidikan yang dipohon diharap dapat melahirkan Modal Insan dalam penyelidikan. Sehubungan dengan itu, sekurang-kurangnya seorang penyelidik hendaklah terdiri daripada pegawai LPPKN.
*Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Massita Mohamad di talian 03-26137555 samb 1511 atau Puan Nur Hidayahbillah di talian 03-26137555 samb 2148 atau emel ke gp@lppkn.gov.my